Pendahulu Liga Super saingan Liga Futsal Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2023, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi terlepas peluang untuk merakamkam kemenangan keenam berturut-turut selepas seri 1-1 bertemu pencabar terdekat, UiTM pada aksi yang berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim sebentar tadi.

Saingan yang memasuki custom bowling jerseys wig sales custom football jerseys the rose sex toy adidas yeezy foam runner ass sex toy best wig outlet nike air max for sale cheap cheap sex toys male sex toys wigs store nfl shop com cheap jerseys for sale human hair wigs cheap jerseys fasa kedua itu menyaksikan 10 pasukan dalam saingan Liga Super dan 10 bagi Liga Premier berkampung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama seminggu.

KPTM yang cemerlang memenangi kesemua lima perlawanan pada fasa satu di Terengganu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan.

Berpunca daripada satu serangan balas pantas telah memberikan ruang buat Didik Mahendra Sikan untuk menewaskan gawang UiTM yang dikawal Muhammad Azli Mohd Saadan pada minit kedua.

Tiga minit kemudian, UiTM hampir menyamakan kedudukan menerusi situasi sepakan percuma.

Namun, tolakan Ahmad Azrai Afiq Awang yang melepasi celah kaki penjaga gol, Muhammad Haikal Iman Mohd Mahadi diselamatkan rakan sepasukannya dalam kawasan D.

Aksi bertambah menarik dengan serangan berbahaya pada minit keenam oleh KPTM tetapi percubaan Iskandar Aliff ketika hanya berhadapan dengan Muhammad Azli melewati palang.

Tersentak dengan jaringan awal serta tekanan diberikan skuad kendalian Syafique Faudzil itu, UiTM bangkit memperbaiki corak permainan dengan lebih tersusun.

Ia jelas dibuktikan apabila UiTM lebih menguasai permainan dan mencipta banyak peluang dalam memburu jaringan penyamaan.

Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-25 selepas Irfan Rifqi Shahrul Nizam yang berada di ‘far post’ tidak mensia-siakan peluang untuk kembali menyamakan kedudukan.

Jaringan itu jelas meningkatkan lagi moral pemain UiTM untuk menambah jaringan tetapi Haikal Iman lebih tangkas untuk menghalang deretan peluang dimiliki.

Kedudukan 1-1 itu kekal hingga tamat permainan yang sekali gus kedudukan KPTM di tangga teratas tergugat apabila terikat 16 mata bersama UTHM manakala UiTM pula di kedudukan ketiga dengan 14 mata.